Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Sangat Cantik! Penggambaran Makro Tapak Sulaiman.

Imej
Sangat Cantik! Penggambaran Makro Tapak Sulaiman.



Alexander Semenov merupakan seorang jurugambar dalam air dan ahli zoologi pakar dalam haiwan invertebrata (haiwan tanpa tulang belakang). Alexander bercadang mengambil gambar makro (macro photography) untuk meneroka tentang permukaan spesis tapak sulaiman.
Siri gambar ini menunjukkan seni keindahan tapak sulaiman yang unik dengan perbezaan bahagian badan tapak sulaiman menghasilkan makro terperinci tersendiri.











Ini sedikit kata-kata Alexander Semenov tentang penggambaran dalam air: "Ketika saya mulakan eksperimen dengan penggambaran hidupan laut, saya mencuba mengambil gambar haiwan invertebrata kecil hanya untuk suka-suka dengan kamera lama DSLR saya tanpa sebarang pencahayaan atau kanta profesional. Saya mengumpulkan gambar-gambar haiwan invertebrata bawah air dan mencucinya di makmal. Selepas 2 atau 3 bulan kegagalan selepas kegagalan, saya akhirnya mendapat beberapa keping gambar terbaik dan saya tunjukkan kepada krew saya. Ia …

Remaja ini mencipta baju dalam wanita yang mampu mengesan tanda-tanda awal kanser barah payudara.

Imej
Remaja ini mencipta baju dalam wanita yang mampu mengesan tanda-tanda awal kanser barah payudara. Selepas kesengsaraan, kepayahan juga memberi potensi inspirasi yang besar untuk masa depan. Selepas hampir kehilangan ibunya akibat kanser payudara, seorang remaja Mexico berniat untuk membantu seluruh wanita di dunia mengesan tanda-tanda awal kanser payudara pada peringkat awal.
"Ketika saya berusia 13 tahun, ibu saya telah didiagnosis untuk kali kedua dengan barah payudara", kata CEO dan pengasas bersama Higia Technologies, Julián Ríos Cantú yang berusia 18 tahun."Tumor itu membesar daripada saiz sebiji beras kepada sebiji bola golf dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Diagnosis itu datang lambat dan ibu saya kehilangan kedua-dua payudaranya dan hampir kehilangan nyawanya".
Ini memberikan inspirasi kepada Julián untuk mencipta Eva, iaitu pakaian dalam yang mampu membantu wanita untuk mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Peranti ini telah pun memenangi hadiah utam…