Fakta Pelik Menarik: 5 Orang Biasa Dengan Kemahiran Luar Biasa

Fakta Pelik Menarik: 5 Orang Biasa Dengan Kemahiran Luar Biasa


Ketika membaca komik superhero adiwira, kita selalu berfantasi tentu sangat mengujakan sekiranya kita boleh memiliki walaupun hanya satu kebolehan luarbiasa. Dalam dunia, terdapat beberapa orang yang dikurniakan bakat luar biasa seperti kebolehan menguasai banyak bahasa atau bakat melukis luarbiasa. Ikuti dengan lebih lanjut untuk 5 Orang Biasa Dengan Kemahiran Luar Biasa

1. Liew Thow Lin, "Magneto" sebenar yang mampu melekatkan objek besi pada badannya. Dia sangat popular dengan gelaran "Magnet Man", "Magnetic Man" atau "Mr. Magnet".



Watak Magneto merupakan watak fiksyen cukup dikenali dalam siri komik X-Men dan memiliki kemahiran mengawal sebaran objek besi. Liew Thow Lin dari Malaysia seakan
memiliki kemahiran serupa. Walaupun dia tidak boleh mengawal objek besi seperti Magneto, Liew boleh melekatkan objek besi pada badannya sehingga berat 36 kilogram (dengan berat setiap objek kurang dari 2 kg). Dia juga boleh menarik kereta menggunakan kemahiran tersebut. Liew mula mengesan kemahiran luar biasa untuk melekatkan perkakas besi pada tubuhnya di usia 60 tahun.

Ketika saintis di Universiti Teknologi Malaysia menjalankan ujikaji ke atas Liew, mereka mendapati badannya tidak mengandungi sebarang medan magnet. Tetapi, tahap geseran yang tinggi dapat dikesan pada kulitnya. Tahap geseran yang terlalu tinggi kemungkinan mempengaruhi badannya untuk menjadi ibarat pelekat kuat yang membekalkan tenaga kesan sedutan dalam kulitnya. 3 orang cucunya juga memiliki kemahiran serupa dan membuktikan kemungkinan ciri-ciri genetik mempengaruhi kemahiran.

2. Selepas terhantuk kepala pada bucu dasar kolam renang, Derek Amato dari Colorado terbangun dalam keadaan sindrom geliga bakat muzik (acquired musical savant sindrome). Derek menjadi pemain piano tanpa belajar bermain piano.


Kerosakan otak telah mencetuskan bakat luar biasa pada segelintir pesakit. Derek Amato sedang duduk ditepi kolam renang dan memanggil kawannya di jacuzzi dan menyuruh membaling bola ragbi(pigskin) ke arahnya. Kemudian, Derek terjun ke udara dengan tangan ke depan. Derek ingat dia dapat menangkap bola dengan sebelah tangan tetapi kiraannya silap. Derek meluncur ke dalam air dan jarinya menyentuh bola ragbi tetapi kepalanya terhempas di bucu lantai kolam renang konkrit dengan daya kuat. Dia kemudian ditarik ke permukaan dengan darah mengalir keluar daripada telinga. Derek lalu pengsan di pangkuan kawannya, Bill Peterson dan Rick Sturm. Kejadian ini berlaku pada tahun 2006 ketika Derek, 39 tahun melawat kampung halamannya di Sioux Falls, South Dakota. Derek kehilangan deria pendengaran sehingga 35% di salah satu telinganya dan sakit kepala beserta kehilangan memori. Selepas 4 hari, Derek bangun dalam keadaan separa sedar dan menuju ke rumah kawannya, Rick Sturm.



Ketika melepak di rumah kawannya, Derek terpandang keyboard elektrik. Dia terus duduk di hadapan keyboard dan meletakkan jarinya atas kekunci. Jarinya menyentuh kekunci mengikut naluri dan membentuk irama lagu. Tangannya bermula dengan key rendah, dan membentuk jambatan melodi dan arpeggio lalu mendarat pada not tinggi.

Derek bermain keyboard selama 6 jam dan pulang ke rumah pada awal pagi keesokan hari dengan perasaan teruja dan terkejut. Dia mencari di Internet untuk jawapan penerangan dengan perkataan "gifted" dan "head trauma". Rupa-rupanya, kisahnya sama seperti seorang jurubedah ortopedik, Tony Cicoria yang dipanah petir lalu memiliki bakat muzik luar biasa.


Kemalangan menyebabkan Derek Amato mengalami gegaran teruk dan memiliki keupayaan bermain piano. Secara teori, kemungkinan otaknya mengalami penyusunan semula menyebabkan sebahagian kenangan boleh diakses melalui muzik. Teori lain kemungkinan otaknya tidak lagi menapis input deria dan membolehkannya mendengar not muzik individu bukannya melodi. Wallahua'lam.


3. Dianggap sebagai salah seorang jurubahasa dan pakar terjemahan (polyglot) dalam sejarah, Harold Whitmore Williams didakwa menguasai 58 bahasa. Harold menggunakan pengetahuan bahasa sebagai alat diplomasi dan bercakap dengan setiap delegasi Liga Bangsa-Bangsa (League of Nations) dalam bahasa ibunda mereka.


Harold Whitmore Williams dilahirkan di Auckland pada 1876. Bakatnya dikesan seawal 7 tahun dimana otaknya mengalami "letupan" menggalakkan kebolehan mempelajari bahasa baru sehingga ke darjah luar biasa. Kebolehan luarbiasa untuk mempelajari bahasa baru pada usia 52 tahun dan boleh bercakap 58 bahasa termasuk Inggeris, Irish Lama. Dia juga fasih setiap bahasa Empayar Austria Hungary, Czech, Albania, Serb, Rumania, Sweden, Basque, Turki, Mandarin Cina, Jepun, Tagalog, Coptic, Mesir, Hittie dan lain-lain dialek. (sumber)

4. Michel Lotito dari Perancis boleh memakan apa saja termasuk kaca, besi, dan termasuk bahan beracun. Dia pernah memakan keseluruhan pesawat Cessna 150. Peliknya, dia tidak menghadapi masalah ketika memakan dan menghadam pisang dengan kulit serta telur rebus dengan kulit.


Michel Lotito merupakan seorang penghibur di Perancis yang sering menghiburkan penonton dengan kebolehannya memakan apa sahaja objek. Dia boleh memakan apa saja dari basikal sehingga seluruh pesawat penerbangan Cessna 150. Dia mendapat gelaran "Monsieur Mangetout" bermaksud "Si Pemakan Semua Benda". Antara tahun 1959-1997, dia telah memakan sehingga 9 tan besi. Michel mengidap keadaan perubatan dipanggil Pica kerana ketagih memakan lumpur, kaca dan besi.

Michel Lotito boleh memakan besi tanpa membahayakan saluran penghadaman, perut dan usus. Ketika menjamu selera besi, dia memecahkan kepada serpihan kecil dan telan semuanya dengan meneguk air dan minyak mineral. Michel memakan 1 kg besi setiap hari. Michel memerlukan 2 tahun untuk memakan seluruh pesawat penerbangan Cessna 150. (sumber)

5. Seorang seniman mengidap autistik, Stephen Wiltshire dianggap Kamera Manusia memiliki kebolehan luarbiasa untuk melukis lanskap pemandangan dari memori selepas melihat pemandangan sekali. Dia melukis bandar New York sepanjang 19 kaki dengan bantuan memori selepas menaiki helikopter selama 20 minit.



Ketika melawat bandar baru, kita perlukan peta, GPS atau seseorang yang boleh menjadi panduan untuk menunjukkan arah. Ini kerana otak kita memerlukan masa untuk mencipta peta mental sesuatu tempat ketika dilawati pertama kali. Ini terkecuali untuk Stephen Wiltshire, seorang seniman autistik. Hanya dengan bersiar-siar menaiki helikopter, Stephen boleh melukis kembali segala panorama lanskap dengan terperinci.

Pada Mei 2005, Stephen melukis memori panorama Tokyo sepanjang 32.8 kaki yang disiapkan dalam masa 7 hari selepas menaiki helikopter merentasi bandar itu. Ketika melukis panorama Rome selepas menaiki helikopter, dia melukis dengan sangat terperinci setiap tiang pada Pantheon, iaitu kuil lama Rome. Lukisan paling panjang merupakan lukisan New York sepanjang 250 kaki yang dipamerkan di papan gergasi di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. (sumber)

Ulasan