10 Fakta-Fakta Menarik dan Santai

Paus Kutub/Paus Artik/Paus Kepala Busur (Bowhead Whale/Balaena mysticetus) Menyelam Selama 130 Tahun dengan Tombak Serampang Tertusuk di Leher Sejak Sekitar Tahun 1880

.

Pada tahun 2007, seekor paus kutub/paus kepala busur (bowhead whale/Balaena mysticetus) telah ditangkap di luar pantai Alaska dengan serpihan panah sepanjang 13 cm tercucuk diantara leher dan bahu kemungkinan akibat diburu. Rupanya, serpihan panah itu sebenarnya dari tombak tempuling (harpoon) dibuat sekitar tahun 1880. Paus kutub Laut Artik itu dipercayai terselamat dari serangan pemburu selama 130 tahun dan menjadikannya antara mamalia tertua di dunia.

.

Paus kepala busur merupakan spesis paus baleen berasal dari famili Balaenidae dan satu-satunya wakil genus Balaena. Ia juga merupakan satu-satunya paus baleen berasal (endemik) dari Artik dan perairan sub-artik. Ia mendapat namanya sempena tengkorak kepala segi tiga yang cukup besar, digunakan untuk memecahkan ais Artik.

.

Keretapi pemanduan automatik tanpa landasan, ART(Autonomous Rail Rapid Transit) beroperasi di Bandar Iskandar Malaysia, Johor dan antara keretapi pintar pertama dunia. Keretapi itu berfungsi dengan garisan landasan maya diwakili dengan garisan putih putus-putus berkembar.

.

Penyelidik menemui bahawa gajah-gajah Afrika (Loxodonta africana) mengubati diri sendiri dengan mengunyah daun-daun pada pokok tertentu dalam famili Boraginaceae, sebelum bersalin (induce labor). Daun pokok itu juga digunakan oleh wanita Kenya untuk membuat air teh bagi mengurangkan kesakitan bersalin. Seekor gajah sarat mengandung dilihat memakan sebatang pokok dengan daun sehingga hanya tinggal tunggul. 4 hari kemudian, gajah itu selamat melahirkan anaknya.

.

Labah-labah kuning keemasan jarang ditemui ini hanya terdapat di beberapa kawasan di Malaysia dan dinamakan sempena bintang rock, mendiang David Bowie. Labah-labah pemburu 'Heteropoda davidbowie' yang dinamakan oleh ahli araknologi, Peter Jäger itu merupakan salah satu usaha untuk menarik perhatian orang ramai kepada spesis hampir pupus dek kerana pelbagai aktiviti manusia.

.

Genghis Khan secara licik melaksanakan strategi penjajahan melalui perkahwinan anak-anak perempuannya. Dia akan mengahwinkan anak perempuannya dengan raja puak atau bangsa bersekutu dengannya, dimana isteri pertama raja itu akan disingkirkan. Kemudian, dia akan menugaskan menantu barunya itu dalam tugasan ketenteraan dalam Perang Mongol. Selalunya, menantunya akan mati dalam pertempuran, dan anak perempuan Genghis Khan akan mengambil alih pemerintahan tanah jajahan raja itu.

.

Fenomena kilat sabung-menyabung Catatumbo, merupakan fenomena atmosfera terjadi di Sungai Catatumbo. Kilat Catatumbo terjadi 150 kali setahun. Petir kilat sabung menyabung hingga 10 jam sehari, dengan 300 kilat per jam! Sungai Catatumbo merupakan sungai hulu di utara Colombia, menghilir ke dalam Tasik Maracaibo di Venezuela. Sungai itu sepanjang 340 km. Kawasan Tasik Maracaibo merupakan kawasan paling banyak menerima kilat. Secara purata, ribut petir waktu malam muncul sebanyak 297 hari per tahun dan menghasilkan secara purata 232 kilat petir/km persegi/tahun.

.

Keadaan apabila kabel pencawang kuasa terjatuh dimana kabel yang sangat panas sehingga mencair di pejalan kaki menukarkan pasir menjadi kaca. Secara tradisional, kaca dibuat dengan memanaskan pasir. Silikon dioksida dalam pasir (atau debu kotoran) mencair untuk membentuk silika keras dengan suhu panas sehingga 1,760°C.

.

Meletakkan daun kobis sejuk dalam coli boleh membantu merawat jangkitan mastitis (bengkak susu). Daun kobis sejuk akan sejuk mampat pada payudara yang meradang dan membantu memulihkan kelembutan dan juga melancarkan saluran susu tersumbat serta menyingkir jangkitan. Apabila bengkak dan jangkitan telah hilang, penggunaan daun kobis perlu dihentikan kerana ia juga boleh mengeringkan susu badan.

.

Meminum air panas setiap pagi secara tetap boleh membantu membakar deposit lemak dalam badan dan memecahkan deposit dalam sistem saraf. Ini akan meningkatkan pengaliran darah dan menyingkirkan toksin berbahaya. Air panas boleh mengurangkan stress tekanan dengan meningkatkan fungsi sistem saraf pusat. Meminum air terlalu panas boleh merosakkan tisu saluran esofagus, menyebabkan tunas rasa dan lidah melecur.

.

Anda boleh membuat sendiri air alkali dengan memerah separuh limau nipis dan letakkan secubit dua garam merah jambu Himalaya ke dalam secawan air.

Ulasan