Anda Boleh Membuat Kopi Dari Biji Kurma.Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah SAW Ini

Anda Boleh Membuat Kopi Dari Biji Kurma. Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah SAW Ini.





Hari ini 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadan 1438 H di mana kita masih ada kurang dari 10 hari lagi untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?
Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Rujukan:

1. http://pondokibu.com/
2. http://munirahsyedabubakar.com/
3. http://kopi-kurma.blogspot.com/
4. Besbes et al,2004
5. http://ekhi3.blogspot.com/

Ulasan

  1. I've read several just right stuff here. Definitely worth bookmarking for revisiting. I wonder how so much effort you set to create any such wonderful informative site. itunes login

    BalasPadam
  2. Closed mortgages normally have a very portion or percentage you can pay off penalty free per year, and the remaining amount will likely be subject to a penalty. canada mortgage calculator Home buyers in Prince Edward Island should take note of land transfer taxes and mortgage rates specific on their province. canada mortgage calculator

    BalasPadam

Catat Ulasan