Peranti kotak 'The Orgone Accumulator'. Gambar: Dangerous Mind |
The Orgone
Accumulator merupakan peranti yang pernah dijual pada tahun 1950-an. Pembuatnya
mendakwa peranti rekaan mereka membolehkan individu duduk di dalam untuk
menarik tenaga orgone, iaitu 'tenaga penyembuh' tidak berjisim. Ketika disiasat
oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat, para penyiasat
mendapati seorang pembeli merupakan profesor kolej sedar bahawa peranti itu
'mengarut' tetapi ada 'manfaat' baginya kerana isterinya sering duduk diam-diam
dalam peranti kotak itu selama 4 jam sehari setiap hari.
Kurt Cobain duduk dalam 'Orgone Accumulator' (Gambar: Dangerous Mind) |
Pada tahun
1993, mendiang Kurt Cobain didakwa pernah melawat William Burrough di Lawrence,
Kansas. William merupakan salah seorang pencipta kotak 'Orgone Accumulator'
selain Wilhelm Reich, Jack Kerouac dan lain-lain. Kurt
Cobain dilihat sedang duduk di dalam peranti kotak 'Orgone Accumulator' itu
setelah dibersihkan dari sarang labah-labah kerana Kurt Cobain fobia
labah-labah (arachnophobia)
Ulasan
Catat Ulasan