Remaja ini mencipta baju dalam wanita yang mampu mengesan tanda-tanda awal kanser barah payudara.

Remaja ini mencipta baju dalam wanita yang mampu mengesan tanda-tanda awal kanser barah payudara.

Selepas kesengsaraan, kepayahan juga memberi potensi inspirasi yang besar untuk masa depan. Selepas hampir kehilangan ibunya akibat kanser payudara, seorang remaja Mexico berniat untuk membantu seluruh wanita di dunia mengesan tanda-tanda awal kanser payudara pada peringkat awal.

"Ketika saya berusia 13 tahun, ibu saya telah didiagnosis untuk kali kedua dengan barah payudara", kata CEO dan pengasas bersama Higia Technologies, Julián Ríos Cantú yang berusia 18 tahun."Tumor itu membesar daripada saiz sebiji beras kepada sebiji bola golf dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Diagnosis itu datang lambat dan ibu saya kehilangan kedua-dua payudaranya dan hampir kehilangan nyawanya".

Ini memberikan inspirasi kepada Julián untuk mencipta Eva, iaitu pakaian dalam yang mampu membantu wanita untuk mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Peranti ini telah pun memenangi hadiah utama di Global Student Entrepreneur Awards peringkat akhir yang disertai 56 orang pelajar usahawan dari 56 negara bertanding.

Batu asas pakaian dalam Eva terletak pada pengesan sentuhan yang akan memeta permukaan payudara dan memantau tekstur, warna dan suhu. Pengguna boleh melihat keadaan mereka melalui app telefon pintar atau melayari app di laptop dan komputer."Kami mengambil semua data dan simpan ia", terang Julián,"Ketika ada tumor dalam payudara, akan terdapat lebih darah, lebih haba dan mempengaruhi pertukaran suhu dan tekstur. Kami akan beritahu anda dalam kuadran ini terdapat perubahan drastik dalam suhu dan perisian kami mengambil berat di kawasan itu. Sekiranya perubahan berterusan berlaku, kami akan sarankan anda untuk berjumpa doktor."

Inovasi ini masih lagi prototaip tetapi perekanya menganggarkan ia akan dirasmikan untuk penggunaan dalam tempoh lagi 2 tahun. Mengikut American Cancer Society, kira-kira 82,000 wanita meninggal dunia akibat barah payudara di Amerika Syarikat sahaja.



"Ketika saya berusia 13 tahun, ibu saya telah didiagnosis untuk kali kedua dengan barah payudara", kata CEO dan pengasas bersama Higia Technologies, Julián Ríos Cantú 





"Tumor itu membesar daripada saiz sebiji beras kepada sebiji bola golf dalam tempoh kurang dari 6 bulan."






"Diagnosis itu datang lambat dan ibu saya kehilangan kedua-dua payudaranya dan hampir kehilangan nyawanya".





Pengalaman mengerikan ini memberi inspirasi kepada Julian untuk cuba membantu semua wanita seluruh dunia untuk mengesan penyakit ini ketika peringkat awal ketika rawatan masih mudah dan senang.



Julian mereka cipta Eva, pakaian dalam yang mampu mengesan tanda-tanda awal penyakit kanser payudara melalui perubahan suhu dan tekstur.



Pengesan istimewa menyusun tekstur permukaan payudara dan memantau tekstur, warna dan suhu.



"Ketika ada tumor dalam payudara, akan terdapat lebih darah, lebih haba dan mempengaruhi pertukaran suhu dan tekstur."


"Sekiranya perubahan berterusan berlaku, kami akan sarankan anda untuk berjumpa doktor."


Ulasan