Memakan terlalu banyak lemak dan gula ketika kecil dapat mengubah kitaran mikrobiome seumur hidup, walaupun anda kemudian mula mengamalkan pemakanan lebih sihat
Memakan terlalu banyak lemak dan gula ketika kecil dapat mengubah mikrobiome anda seumur hidup (Gambar: Freepik.es)
Memakan terlalu banyak lemak dan gula
ketika kecil dapat mengubah mikrobiome anda seumur hidup, walaupun anda
kemudian mula mengamalkan pemakanan lebih sihat, menurut satu kajian dijalankan
pada tikus.
.
Kajian oleh penyelidik dari Universiti
California Riverside menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah dan
kepelbagaian bakteria usus pada tikus matang yang telah diberi makanan tidak
sihat ketika remaja.
.
Kajian oleh penyelidik dari Universiti California Riverside menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah dan kepelbagaian bakteria usus pada tikus matang yang telah diberi makanan tidak sihat ketika remaja. (Gambar: research.umn.edu) |
"Kami mengkaji tikus, tetapi
kesan yang kami perhatikan setara dengan anak-anak yang mengamalkan diet Barat,
tinggi lemak dan gula, serta mikrobiome usus mereka masih terjejas sehingga
enam tahun setelah baligh", jelas ahli fisiologi evolusi UCR, Theodore
Garland.
.
Kajian ilmiah tentang penyelidikan itu
diterbitkan dalam Journal of Experimental Biology.
.
Mikrobiome merujuk kepada kesemua
bakteria seperti fungi, parasit, virus yang tinggal dalam manusia atau haiwan.
Kebanyakan mikroorganisma ini ditemui dalam usus-usus dan kebanyakannya sangat
berguna, merangsang sistem imunisasi tubuh badan, mengurai memecahkan makanan
serta membantu mensintesis pelbagai vitamin-vitamin utama.
.
Dalam badan yang sihat, terdapat keseimbangan organisma patogen dan organisma bermanfaat. (Gambar: Smithsonian Magazine) |
Dalam badan yang sihat, terdapat
keseimbangan organisma patogen dan organisma bermanfaat. Namun, jika
keseimbangan terganggu, baik melalui penggunaan antibiotik, penyakit, atau diet
yang tidak sihat, tubuh akan lebih terdedah terhadap penyakit.
.
Mereka mendapati bahawa kuantiti
bakteria seperti Muribaculum intestinale telah berkurangan dengan ketara dalam
kumpulan diet Barat. Bakteria jenis ini terlibat dalam metabolisme karbohidrat.
.
Analisis juga menunjukkan bahawa
bakteria usus sensitif terhadap jumlah latihan yang dilakukan tikus.
.
Bakteria Muribaculum meningkat pada tikus yang diberi makanan standard yang memiliki akses ke roda larian |
Bakteria Muribaculum meningkat pada
tikus yang diberi makanan standard yang memiliki akses ke roda larian dan
penurunan sangat ketara pada tikus dengan diet tinggi lemak sama ada ia
bersenam atau tidak.
.
Para penyelidik percaya bahawa spesies
bakteria ini, dan keluarga bakteria berkaitan, mungkin mempengaruhi jumlah
tenaga yang tersedia untuk perumahnya. Penyelidikan diteruskan ke fungsi lain
yang mungkin dimiliki bakteria jenis ini.
.
Satu lagi kesan lain adalah
peningkatan spesis bakteria sangat mirip yang mengalami peningkatan ketara
selepas 5 minggu latihan treadmill dalam satu kajian oleh penyelidik lain,
mencadangkan kemungkinan cukup hanya dengan senaman boleh meningkatkan
kehadiran bakteria itu.
.
Secara rumusan, para penyelidik UCR
berpendapat gaya pemakanan diet Barat akan memberi kesan jangka panjang tidak
baik pada mikrobiome, berbanding senaman sejak awal usia.
.
Anda adalah Apa yang Anda Makan (Gambar: SOMOS Community Care) |
"Anda adalah apa yang anda
makan, tetapi apa yang anda makan ketika
kanak-kanak", jelas Theodore.
.
Rujukan:
https://www.eurekalert.org/pub_releases/2021-02/uoc--sfc020221.php
Ulasan
Catat Ulasan