sumber science alert |
Ahli astronomi menemui Sistem 6-Planet yang menawan dalam
keharmonian orbit hampir sempurna.
.
Hingga kini, kita telah menemui ratusan bintang dengan
planet-planet mengorbitnya di seluruh galaksi. Setiap
satu sangat unik, tetapi sistem yang mengorbit bintang HD
158259, sejauh 88 tahun cahaya itu dianggap istimewa.
.
Bintang itu sendiri sama jisim dan sedikit besar
berbanding Matahari. Bintang itu diorbit oleh 6 buah planet: sebuah super-Earth
dan 5 buah mini-Neptun.
.
Selepas pemantauan selama 7 tahun, para ahli astronomi
menemui kesemua 6 planet yang mengorbit bintang HD 158259 ini berada dalam
getaran orbit hampir sempurna.
.
Penemuan ini membantu dalam pemahaman tentang mekanisma
pembentukan sistem berplanet dan bagaimana ia berakhir dengan konfigurasi sedemikian.
.
Getaran orbit terjadi ketika orbit 2 badan sekitar badan
induk berkait rapat bersama, seakan 2 orbit badan itu memaksakan pengaruh
graviti antara satu sama lain.
.
Dalam perbadanan planet Sistem Suria, ia jarang berlaku.
Contoh terbaik berlaku antara Pluto dan Neptun.
.
Kedua-dua badan ini membentuk apa dipanggil getaran orbit
2:3. Setiap 2 pusingan Pluto mengelilingi Matahari, Neptun membuat 3. Ibarat
sebaris bar muzik dimainkan serentak, tetapi birama (time signature) berbeza -
2 rentak bar pertama, 3 rentak bar kedua.
.
Dengan menggunakan bacaan diukur melalui spektrograf
SOPHIE dan teleskop khas memburu exoplanet TESS, sekumpulan pasukan penyelidik
antarabangsa diketuai ahli astronomi Nathan Hara dari Universiti Geneva
Switzerland telah berjaya mengira orbit setiap planet.
.
Ia sangat rapat. Bermula dengan planet paling dekat iaitu
super-Earth (dengan jisim kira-kira 2 kali ganda jisim Bumi). Orbit
masing-masing ialah 2.17, 3.4, 5.2, 7.9, 12 dan 17.4 hari.
.
Kiraan orbit menghasilkan nisbah tempoh 1.57, 1.51, 1.53,
1.51 dan 1.44 antara setiap pasangan planet.
.
"Beberapa contoh sistem kompak dengan beberapa
planet didalam, atau berdekatan dengan getaran(resonance) seperti TRAPPIST-1
atau Kepler-80", terang ahli astronomi Stephane Udry dari Universiti
Geneva.
.
"Sistem begitu dipercayai terbentuk jauh dari
bintang sebelum berpindah. Dalam senario ini, getaran(resonance) memainkan
peranan penting.
.
Ini kerana resonans dianggap sebagai keputusan apabila
planet-planet dalam cakera protoplanet berkembang dan berpindah menjauhi penghujung
luar cakera. Ini menghasilkan rantaian getaran orbit sepanjang sistem.
.
Setelah baki gas menghilang, ini akan menyahstabilkan
getaran orbit - dan mungkin ini terjadi pada HD 158259. Perubahan kecil dalam
getaran orbit mungkin memberitahu tentang bagaimana ketidakstabilan berlaku.
.
"Dengan nilai yang diperoleh, dan model kesan pasang
surut, pemahanan tentang struktur dalam planet dapat diluaskan. Kesimpulannya,
keadaan sistem berkenaan memberi gambaran maklumat tentang pembentukannya.
.
sumber: ScienceAlert
.
#nakfakta #nakbebel
Ulasan
Catat Ulasan