Sangat Cantik! Penggambaran Makro Tapak Sulaiman.

Sangat Cantik! Penggambaran Makro Tapak Sulaiman.





Alexander Semenov merupakan seorang jurugambar dalam air dan ahli zoologi pakar dalam haiwan invertebrata (haiwan tanpa tulang belakang). Alexander bercadang mengambil gambar makro (macro photography) untuk meneroka tentang permukaan spesis tapak sulaiman.

Siri gambar ini menunjukkan seni keindahan tapak sulaiman yang unik dengan perbezaan bahagian badan tapak sulaiman menghasilkan makro terperinci tersendiri.












Ini sedikit kata-kata Alexander Semenov tentang penggambaran dalam air:

"Ketika saya mulakan eksperimen dengan penggambaran hidupan laut, saya mencuba mengambil gambar haiwan invertebrata kecil hanya untuk suka-suka dengan kamera lama DSLR saya tanpa sebarang pencahayaan atau kanta profesional. Saya mengumpulkan gambar-gambar haiwan invertebrata bawah air dan mencucinya di makmal. Selepas 2 atau 3 bulan kegagalan selepas kegagalan, saya akhirnya mendapat beberapa keping gambar terbaik dan saya tunjukkan kepada krew saya. Ia memberi saya inspirasi untuk membeli kamera semi-profesional dilengkapi lampu flash dan pemegang kamera bawah air. Saya meluangkan seluruh musim mengambil gambar tapak sulaiman, tetapi kali ini di persekitaran berbeza. Ianya lebih sukar, dan saya meluangkan lagi 2 bulan tanpa mendatangkan sebarang keputusan memuaskan. Tetapi, apabila anda bekerja untuk sesuatu setiap hari, anda tidak akan mendapat banyak pengalaman berharga. Akhirnya, saya mula mendapat gambar-gambar yang menarik - satu atau dua daripada setiap kali menyelam. Sekarang selepas 4 tahun latihan, saya mampu mendapat beberapa gambar terbaik setiap kali menyelam tetapi saya masih perlu menguasai banyak benda dalam penggambaran dalam air."


Anda boleh mengikuti lanjut tentang penggambaran bawah air Semenov di laman web dan laman Flickr.

Sumber melalui Colossal.

Gambar kredit: Dirakam oleh Alexander Semenov

Ulasan