5 Fenomena Ganjil Terjadi Di 5 Negara

5 Fenomena Ganjil Terjadi Di 5 Negara


Di dunia kita ini banyak kejadian yang susah untuk dijelaskan kenapa berlaku dan mengapa kejadian-kejadian ini terjadi. Kadangkala ada penerangan yang mampu dijawab dengan menggunakan sains, tetapi ada juga peristiwa yang tak mampu dijelaskan. Berikut adalah 5 contoh fenomena ganjil yang berlaku di seluruh dunia dan kami rasakan menarik untuk anda ketahui.

1. Iluvia de Peces, Honduras

Hujan Ikan "Iluvia de Peces"
Setiap tahun, pada bulan Mei atau Jun, akan berlangsung satu fenomena ganjil di pekan kecil Yoro, Honduras yang dinamakan 'iluvia de peces.'

Maksudnya, hujan ikan. Fenomena ini sudah berlaku setiap tahun selama lebih 100 tahun. Apa yang menghairankan, penyelidik tidak dapat menjelaskan mengapa fenomena ini berlaku, selain dari hipotesis meramalkan yang kejadian ini berpunca dari watersprout, fenomena yang sama seperti puting beliung tetapi dalam air.


Apa yang lebih menghairankan, ikan yang turun dari langit itu bukannya spesis ikan yang ditemui disitu dan apabila dilihat spesisnya, besar kemungkinan ikan itu berpunca dari lautan Atlantik, 200 kilometer dari pekan tersebut.

Yang paling ganjil dalam fenomena ini? Semua ikan yang turun buta matanya.

2. Taos Hum, New Mexico, USA


Penduduk di pekan kecil bernama Taos mengalami satu fenomena yang cukup ganjil. Semenjak tahun 1990, ramai di kalangan penduduk pekan itu melaporkan yang mereka setiap masa mendengar bunyi dengungan yang tak putus-putus di mana-mana.

Apabila dilakukan kajian ke atas bunyi itu dengan menggunakan alat-alat pengesan bunyi, tidak pula dapat ditemui sebarang bunyi yang didakwa didengari oleh mereka. Kajian mereka mendapati mereka yang mampu mendengar bunyi tersebut menggambarkan bunyi-bunyi yang berbeza, tetapi bagi mereka yang dengar, bunyi itu tidak pernah padam.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan mengapa fenomena ini berlaku.

3. Hujan merah, Moneragala, Sri Lanka



Penduduk di Moneragala, Sri Lanka dikejutkan apabila turun hujan berwarna merah pada satu hari. Pada mulanya disangkakan sebagai tindak balas cuaca dengan bahan kimia, pihak meteorologi Sri Lanka menafikan dakwaan tersebut kerana tidak banyak kilang bahan kimia di daerah itu.

Melihat kejadian sama pernah berlaku di Kerala, India yang menemui pelbagai jenis mikro organisma di dalam air hujan yang ada, pihak penyelidik Sri Lanka mengambil langkah serupa. Apa yang berlaku sebenarnya berlakunya kewujudan bakteria yang mampu menukarkan warna air menjadi merah.


Bakteria itu mempunyai pelindung yang seakan berwarna kemerah-merahan dan apabila berada dalam jumlah yang banyak, akan menyebabkan air menjadi merah. Bagaimanapun, apabila dikaji sampel air dari hujan merah Kerala dan hujan merah Moneragala, didapati sampel air dari Kerala lebih pekat, seperti darah.

Berita baiknya, air tersebut tidak berbahaya pada kesihatan manusia.

4. Kambing dipokok, Maghribi


Pemandangan kambing yang banyak menghabiskan masa di atas pokok sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk Maghribi. Dalam kawasan yang kering, akan kelihatan 20 atau 30 kambing di atas pokok setinggi 8 ke 10 meter sedang mencari makan di atas pokok bernama Argan.




Menariknya, apabila kambing-kambing itu memanjat pokok argan untuk mendapatkan makanan, mereka akan meluahkan semula biji yang berada di dalam buah pokok tersebut ke tanah untuk membanyakkan lagi pokok tersebut di kawasan mereka.

5. Guruh tanpa henti, Venezuela


Fenomena menggerunkan ini hanya berlaku di atas permukaan Sungai Catatumbo, di sekitar sebuah tasik yang digelarkan Tasik Maracaibo. Kilat akan menyambar di sekitar kawasan itu sepanjang 260 hari setiap malam dan 10 jam setiap hari. Dalam satu jam, secara purata sebanyak 280 kilat akan menyambar permukaan. Menakutkan.

Asal-usul fenomena ini berpunca daripada angin yang membawa udara berat yang akan bertembung dengan udara bertekanan tinggi banjaran Andes. Haba dan kelembapan yang bertemu ini akan menghasilkan awan besar yang berada 1 kilometer dari paras bumi. Apabila awan tersebut bertembung dengan dinding gunung, tenaga elektrik akan dilepaskan.

Bagaimana rupanya guruh tanpa henti ini? Saksikan sendiri



Sumber asal:
babab.net
iluminasi.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fakta Sains di Dalam al-Quran

Anda Boleh Membuat Kopi Dari Biji Kurma.Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah SAW Ini