Ahli astronomi menemui Sistem 6-Planet yang menawan dalam keharmonian orbit hampir sempurna.

Ahli astronomi menemui Sistem 6-Planet yang menawan dalam  keharmonian orbit hampir sempurna.
sumber science alert












Ahli astronomi menemui Sistem 6-Planet yang menawan dalam

keharmonian orbit hampir sempurna.

.

Hingga kini, kita telah menemui ratusan bintang dengan planet-planet mengorbitnya di seluruh galaksi. Setiap

satu sangat unik, tetapi sistem yang mengorbit bintang HD 158259, sejauh 88 tahun cahaya itu dianggap istimewa.

.

Bintang itu sendiri sama jisim dan sedikit besar berbanding Matahari. Bintang itu diorbit oleh 6 buah planet: sebuah super-Earth dan 5 buah mini-Neptun.

.

Selepas pemantauan selama 7 tahun, para ahli astronomi menemui kesemua 6 planet yang mengorbit bintang HD 158259 ini berada dalam getaran orbit hampir sempurna.

.

Penemuan ini membantu dalam pemahaman tentang mekanisma pembentukan sistem berplanet dan bagaimana ia berakhir dengan konfigurasi sedemikian.

.

Getaran orbit terjadi ketika orbit 2 badan sekitar badan induk berkait rapat bersama, seakan 2 orbit badan itu memaksakan pengaruh graviti antara satu sama lain.

.

Dalam perbadanan planet Sistem Suria, ia jarang berlaku. Contoh terbaik berlaku antara Pluto dan Neptun.

.

Kedua-dua badan ini membentuk apa dipanggil getaran orbit 2:3. Setiap 2 pusingan Pluto mengelilingi Matahari, Neptun membuat 3. Ibarat sebaris bar muzik dimainkan serentak, tetapi birama (time signature) berbeza - 2 rentak bar pertama, 3 rentak bar kedua.

.

Dengan menggunakan bacaan diukur melalui spektrograf SOPHIE dan teleskop khas memburu exoplanet TESS, sekumpulan pasukan penyelidik antarabangsa diketuai ahli astronomi Nathan Hara dari Universiti Geneva Switzerland telah berjaya mengira orbit setiap planet.

.

Ia sangat rapat. Bermula dengan planet paling dekat iaitu super-Earth (dengan jisim kira-kira 2 kali ganda jisim Bumi). Orbit masing-masing ialah 2.17, 3.4, 5.2, 7.9, 12 dan 17.4 hari.

.

Kiraan orbit menghasilkan nisbah tempoh 1.57, 1.51, 1.53, 1.51 dan 1.44 antara setiap pasangan planet.

.

"Beberapa contoh sistem kompak dengan beberapa planet didalam, atau berdekatan dengan getaran(resonance) seperti TRAPPIST-1 atau Kepler-80", terang ahli astronomi Stephane Udry dari Universiti Geneva.

.

"Sistem begitu dipercayai terbentuk jauh dari bintang sebelum berpindah. Dalam senario ini, getaran(resonance) memainkan peranan penting.

.

Ini kerana resonans dianggap sebagai keputusan apabila planet-planet dalam cakera protoplanet berkembang dan berpindah menjauhi penghujung luar cakera. Ini menghasilkan rantaian getaran orbit sepanjang sistem.

.

Setelah baki gas menghilang, ini akan menyahstabilkan getaran orbit - dan mungkin ini terjadi pada HD 158259. Perubahan kecil dalam getaran orbit mungkin memberitahu tentang bagaimana ketidakstabilan berlaku.

.

"Dengan nilai yang diperoleh, dan model kesan pasang surut, pemahanan tentang struktur dalam planet dapat diluaskan. Kesimpulannya, keadaan sistem berkenaan memberi gambaran maklumat tentang pembentukannya.

.

sumber: ScienceAlert

.

#nakfakta #nakbebel

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anda Boleh Membuat Kopi Dari Biji Kurma.Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah SAW Ini

Fakta Sains di Dalam al-Quran

Kalendar Astronomi 2018