Syarikat Jepun membangunkan satelit angkasa diperbuat daripada kayu untuk mengurangkan sampah angkasa

satelit angkasa diperbuat daripada kayu
sumber: Gadgetcrushes


Syarikat Jepun, Sumitomo Forestry dengan kerjasama bersama Universiti Kyoto telah memulakan kajian untuk membangunkan satelit angkasa diperbuat daripada kayu.
.

Satelit kayu akan terbakar tanpa melepaskan bahan berbahaya ke atmosfera atau ketika jatuh ke Bumi.

.

"Kami prihatin tentang fakta iaitu semua satelit yang memasuki semula atmosfera Bumi akan terbakar dan melepaskan zarah alumina halus yang akan terapung bertahun-tahun", kata Takao Doi, professor dan angkasawan Jepun.

.

"Kesudahannya, ia memberi kesan kepada persekitaran di Bumi",tambahnya.

.

"Tahap seterusnya ialah membangunkan model kejuruteraan satelit, kemudian pembuatan dalam model penerbangan", tambahnya lagi.

.

Sebagai angkasawan, beliau pernah melawat Stesen Angkasa Antarabangsa pada Mac 2008.

.

Ketika misi itu, beliau menjadi angkasawan pertama melontar boomerang ke angkasa yang dicpita khas untuk penggunaan dalam mikro graviti.

.

Sumitomo Forestry yang diasaskan kira-kira 400 tahun lalu berkata mereka sedang merangka pelan untuk membangunkan bahan dan material berasaskan kayu dan bersifat rintangan tinggi terhadap perubahan suhu dan sinaran matahari.

.

Kayu digunakan merupakan adalah "rahsia penyelidikan pembangunan" seperti diberitahu jurucakap syarikat kepada BBC.

.

Pakar telah memberi amaran tentang peningkatan sampah angkasa lepas yang mengancam Bumi sekiranya jatuh terhempas. Jumlah sampah angkasa bertambah dari masa ke semasa susulan pelbagai pelancaran satelit dan kapal angkasa.

.

Satelit kebanyakan digunakan dalam bidang komunikasi, televisyen, navigasi, sistem penentududukan sejagat dan ramalan cuaca.

.

Dianggarkan kira-kira 6,000 satelit mengelilingi Bumi, mengikut Forum Ekonomi Dunia (WEF). Sekitar 60% daripadanya tidak berfungsi (sampah angkasa).

.

Firma penyelidikan Euroconsult menganggarkan 990 satelit akan dilancarkan setiap tahun pada dekad ini. Hingga tahun 2028, dianggarkan terdapat lebih kurang 15,000 satelit di orbit.

.

SpaceX telah pun melancarkan lebih daripada 900 satelit Starlink dan merancang untuk menghantar ribuan lagi satelit pada masa akan datang.

.

Sampah angkasa bergerak pada kelajuan pantas lebih daripada 22,300 batu perjam (35,888 km/jam) dan berbahaya sekiranya melanggar mana-mana objek.

.

serpihan sampah angkasa sebesar 7 mm berlanggar dengan Stesen Angkasa Antarabangsa
Sumber: NASA


Pada tahun 2006, sebiji serpihan sampah angkasa sebesar 7 mm berlanggar dengan Stesen Angkasa Antarabangsa menyebabkan kerosakan pada kubu tingkap perlindungan khas campuran silika dan kaca borosilicate.

.

#nakfakta #nakbebel

.

Sumber: BBC News


Ulasan